CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 11, 2012


PERINGKAT-PERINGAT SOLAT



1.SOLAT IKUT-IKUTAN

  • Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja,
  • Bacaan pun masih x betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
  • Belajar solat secara rasmi atau  x rasmi x ada
  • Ilmu tentang solat tiada
  • Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalma keadaan derhaka kpd Allah SWT

2.SOLAT IKUT MOOD

  • Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.
  • Jadi mereka nie sekejap solat, sekejap X
  • Kalau ada masa & mood baru solat, kalau sibuk & terkocoh kacah, ada program kenduri, pest aria, berziarah, bermusafir, letih & penat maka ia X solat.
  • Orang ini jatuh fasik

3.SOLAT YANG LALAI

  • Orang yang solat, walaupun ilmunya tepat,fasih bacaannya,.tetapi X khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia X faham
  • Fikirannya X berpusat atau X tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan X faham apa yang di bacanya.
  • Cuma main hafal saja, jadi fikirannya tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
  • Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai DALAM SOLAT.

4.SOLAT AWAM

  • Golongan yang mengerjakan solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati.
  • Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin

5.SOLAT ORANG YANG LALAI

  • Golongan  ini baik sedikit dari golongan yang ke 4 tadi, tetapi MAIN TARIK TALI didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala pula lalai pula.
  • Bila teringat sesuatu disalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal & seterusnya.
  • Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf & sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap dibawa hatinya serta fikirannya menghayati setiap kalimat bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya ia merintih & tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
  • Golongan ini adlah golongan yang lemah jiwa.
  • Nafsunya tahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalainya & cuba perbaiki semula, tapi masih x berdaya kerana tiada kekuatan jiwa)
  • Golongan ini terserah kepada Allah, yang sedar & khusyuk itu mudah-mudahan diterima Allah. Mana yang lalai itu moga Allah ampunkan, namun tiada pahala nilai solat itu.
  • Ertinya solat ini tiada member kesan apa-apa.
  • ALLAH BELUM LAGI MENCINTAI ORANG INI

6. SOLAT ORANG SOLEH

  • Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan & Setiap lafaz disalam solatnya
  • Hatinya & fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apapun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
  • Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban & tugas keduniaan seperti perniagaan & sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya.
  • Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya. Golongan ini disebut orang yang soleh / golongan abrar/ ashabul yamin.

7.SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN

  • Golongan ini seperti juga golongan 7 tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia dalam solatnya, malahan dapat mengahayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalaimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap sujudnya & setiap gerak-geri nya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
  • X teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.
  • Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Muqarrabin (yang hamper dengan Allah)

8.SOLAT GOLONGAN SIDIQQIN

  • Golongan ini adalah golongan yang teringgi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadat solai itu DIJIWAI didalam golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi diluar solat.
  • Kalau bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesaian segala masalah.
  • Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya.
  • Ini dapat dibuktikan didalam sejarah seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.untuk mencabutnya ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut.
  • Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah caranya untuk melepaskan kerinduan dengan Allah.
  • Dalam solatlah ia mengadu dengan Allah. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Golongan inilah disebutkan golongan sidiqqin. Golongan yang benar & haq
  • Ibadah yang boleh membagunkan jiwa, iman , menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah 6,7,8.
  • Jadi manakah tahap solat kita?
  • Marilah kita membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah,

rujukan  Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. (penulis buku la tahzan)


Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat 




Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

 

0 comments:

Post a Comment