CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 17, 2011


Coretanku di Hari Kelahiran.


2 tujuan...


Masih ku ingat pertemuanku bersama seorang sahabat.

Baru mungkin seminit dua kami bertemu untuk pertama kalinya..tapi gayanya seperti setahun kenal hati budi.

Usai kami solat berjemaah, bersalam & duduk sebentar bagi merehatkan diri.. disitu ada kami berdua saja..
ku buka tirai usrah antara kami, tetapi mungkin baginya itu satu dialog biasa..
Setelah berta’aruf panjang, aku kenal hatinya. Hatinya lembut & mudah serapi ayat-ayat cinta.
Ayat-ayat cinta dari Allah.
Dan dengan nada rendah aku bertanya padanya.. “…adakah kita tahu tujuan hidup kita sebenar?”
“Emm..mm..tidak, aku tidak tahu.. Apakah tujuan sebenar aku dilahirkan? Kenapakah aku diturunkan di bumi? Tolong beritahu padaku..” jawabnya sayup & sayu.
Segala-galanya bermula melalui kefahaman daripada ayat ini;  "Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata," daripada surah az-Zaariyat: 56
..apakah jelas ayat ini untuk mu ?
Tidak berapa aku fahami, bolehkan tolong jelaskan..pintanya
Sahabat, sebenarnya tujuan kita dibiarkan dibumi ini adalah untuk mentaati Allah. Dicampakkan kita dimana-mana pun tiada lain tujuannya untuk beribadah kepada Allah. Allah adalah tuan kita kita hambanya. Tidak pula tuan kita ini jadikan kita hamba begitu saja..kalau bukan ganjaran yang hebat & bernilai itulah Syurga.
Iya.~ringkas jawapannya seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya dalam.
Aku sambung berbicara..
Sahabat,..
Allah Ta'ala berfirman, ''Dialah yang menjadikan kamu sebagaikhalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39). Kita adalah khalifah Allah, penyambung dakwah Rasulullah saw…
Kataku terhenti, aku melihat dia sedang mengalirkan airmata.. 





Ucapan ku untuk kamu-kamu. _terima kasih_



Pertama-tama & selama-lamanya.. Ku panjatkan rasa syukur & bertuahnya diri diberi peluang oleh Allah swt untuk berbakti pada diri, ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara & AGAMANYA..
Jutaan terima kasih ku kirim pada ayah & mama yang jauh dari mata tapi pada hakikatnya dekat di dasar Hati. Ayah & mama ini impianku ingin menjadi anak yang solehah.InsyaAllah.
Jazakallahukhairan kathiran pada Sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menemani diri kala sudah & senang, kala suka & duka. .semoga kita bersahabat hingga ke JannahNya.
Tidak pernah dilupa..kepada rakan-rakan & adik-adik kesayangan Allah sentiasa melengkapkan diari-diari kehidupan ku..

Memuhasabah diri. hari-hari ku itulah tujuannya. . Hamba & Khalifah



Aku berkongsi. . 

Alhamdulillah, aku berkongsi dengan ribuan manusia yang dilahirkan pada 17 oktober. Tapi dia yang sama & tepat hari, bulan & tahun kami dilahirkan.. ya itu adik kmebarku Nur Syakila bt Jamal telah selamat dilahirkan selepas 4 minit aku dilahirkan. Walaupun kami lahir dalam keadaan yang tidak cukup bulan & lemah, lebih-lebih lagi si adek. Alhamdulillah sekarang besar & sihat ya. Thank U ayah & mama..:)
Terkenang saat selepas aku berkenalan dengannya.. ku dapati tarikh & bulan  kelahiran kami sama.. Jarang-jarang ku jumpa. Dan setelah mengenalinya banyak persamaan kami. Kan kak Sue? Kak surianah yahya..calon bidadari Syurga.
Gembira & tidak sangka. Aku juga berkongsi tarikh lahir yakni 17 oktober dengan penulis novel islamik yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk “pemilik cintaku selepas Allah & rasul” kak fatimah Syarha. banyak persamaan di antara kami..


Alhamdulillah
Sanah helwa adek, kak Sue & kak ha.

Untuk akhirnya..

Jadilah kita manusia yang hidup di sisi Allah swt. & janganlah kita mati sebelum mati sebenar.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang
berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti
orang yang hidup dan orang yang mati."



0 comments:

Post a Comment