CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 20, 2010

Ada Apa Dgn Kacang, Jagung dan Roti yg Buruk dan Busuk..

…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu;…” 
Surah Al-Baqarah ayat 195.

Siri 1  
Mikotoksin/fungi

 Mikotoksin yang berbahaya selalunya dari tiga jenis iaitu  


1)Aspergilius flavus(Aflatoksin),                                             
2)Fusarium 
3)Penicilium.  

Mikotoksin boleh menyebabkan gangguan sistem saraf pusat, kerosakkan hati dan buah pinggang dan terdapat spesis yang hanya menyebabkan muntah-muntah.




Aflatoksin

Aflatoksin ialah sejenis mikotoksin atau sebatian kimia yang lazimnya dihasilkan oleh kulat ketika tumbuh segar di atas bahan organik seperti jagung, kacang atau biji kapas.Aflatoxin adalah mikotoksin yang terpenting dan paling terkenal kerana paling banyak menyebabkan kematian. 
Aflatoksin sering di jumpai di dalam ‘peanut butter’
Antara Spesisnya ialah Aspergillus flavus.
(dekat sosej tu pun AF juga,tp common AF tumbuh 
di‘peanut butter’ yg selalu kita makan ngan Roti tu)


 

KESAN KERACUNAN
Impaknya cukup tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser hati walaupun dimakan dalam kuantiti yang kecil. Aflatoksin mengakibatkan penyakit di seluruh tubuh, tetapi biasanya menyebabkan penyakit hati dan kanser hati sekiranya melebihi paras yang ditetapkan.


 
RAWATAN ATAU PENCEGAHAN
1.Elakkan daripada mengambil ‘peanut butter’ ganti dengan "kaya" 
  atau jem.
2.Jangan makan makanan ataupun roti yang sudah busuk
      dan berkulat .

3.Jangan makan kekacang,jagung yang sudah berkulat kerana itulah
      yang mengandungi aflatoksin yang tinggi.

4.Pilih produk ‘peanut butter’ yang menitik beratkan kualiti.contohnya skippy.   

Nabi bersabda: " Mukmin yang kuat(sihat) itu lebih baik dari seorang mukmin yang lemah",(maksud hadis)

0 comments:

Post a Comment