CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 12, 2010

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT



Wahai muslimah jangan kita tunjuk kejahilan kita tentang menutup aurat... jangan biarkan mahkota(aurat) kita tercemar dgn mudah..ingatlah sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH.


Antara kesilapan menutup aurat muslimah pada zaman ini ialah:


Kesalahan pertama:

Aurat itu adalah hanya memakai tudung sahaja.
Tetapi tidak kah kita sedar wahai muslimah kaki juga adalah sebahagian daripada aurat.

Firman ALLAH:

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya,dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” –Surah al-Nur:31

Firman ini bukan hanya ditujukan pada wanita-wanita yang yang selalu sujud padaNya, yang mahu berjihad dijalanNya, yang bersuara merdu mengalunkan kitabNya tetapi pada semua wanita yang beragama islam hingga kiamat!


Kesalahan kedua:

Bertudung tetapi memakai baju lengan pendek! Tanpa menggunakan sarung lengan.

Kesalahan ketiga:

Bertudung tetapi kain bajunya terbelah dan menampakkan betis.

Kesalahan keempat:

Bertudung tetapi bajunya sendat, ketat dan nipis.

Kesalahan kelima:

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan rambut hadapan atau jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam:

Bertudung tetapi hanya memakainya di sekolah atau di tempat kerja sahaja. Tidak disekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

Kesalahan ketujuh:

Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya.

Kesalahan kelapan:

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat pendek, nipis dan tidak memakai anak tudung sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dada serta telinga.


Rasululah bersabda: “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang, (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang ,yang cenderungkan kepada perbuatan maksiat,dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian” –Riwayat Muslim
 


Antara perhiasan wanita yang termasuk dalam aurat ialah:


Perhiasan telinga ialah anting-anting

Perhiasan rambut ialah sanggul
Perhiasan leher ialah rantai
Perhiasan dada ialah belahan dadanya
Perhiasan kaki ialah betis dan gelang kaki.

Memanglah perubahan pada diri tu tak perlu terlalu drastic kerana ia memerlukan hati yang ikhlas serta niat yang betul kerana Allah..

Contohnya wanita-wanita yang baru sahaja terbuka hatinya, walaupun begitu perlulah sedar perkara wajib tu hendaklah diutamakan,seperti menutup aurat sebetul-betulnya berdasarkan apa yang telah digariskan dalam agama.

Jadi tidak wajar lagi kita persoalkan cara pemakaian bagi muslimah yang sebenarnya banyak memberi manfaat kepada diri seseorang tersebut, dan ingatlah agama Islam itu cukup mudah, sempurna dan mencakupi segalanya, Cuma ia nampak berat, kurang dan membebankan adalah kerana umatnya sendiri.. walaubagaimana pun akal yang dikurniakan sebenarnya untuk kita berfikir,sedar dan perbetulkan kesilapan, memperbaiki kekurangan dan mengatasi kelemahan dalam membawa agama itu sendiri dalam hidup..dan ketahuilah akal kita adalah sebahagian daripada wahyu ALLAH.



Agama islam tidak memerlukan kita, TAPI kita sendiri yang memerlukan agama...


KENAL PASTI KESALAHAN ANDA.......

 ~Muhasabah diri~ Transformasi Ke Arah Taqwa~

0 comments:

Post a Comment