CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 15, 2011

5 yang di Lihat Mendatangkan Pahala

1. MELIHAT WAJAH KEDUA IBU DAN BAPA KITA.

sebenarnya melihat wajah ibu bapa adalah seperti kita melihat syurga.. masya Allah begitu mulia kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t. oleh itu pada mereka yang jauh dari ibu bapa pulang2lah ke kg halaman, jenguk2 lah mereka sebelum kita menyesal kerana kita sekadar dapat melihat jasad yang telah terbujur kaku...
(ayah dn mama tercinta dn sentiasa dirindui, wlu jauh d mata dkt d hati)

2.MELIHAT KAABAH.

satu lagi keberasan Allah yang tiada tandingannya. walau kita tidak dapat pergi menunaikan haji atau umrah namun dengan hanya melihat kaabah Allah telah janjikan pahala pada kita semua... subahanallah..



3.MELIHAT AIR ZAM-ZAM.

belum lagi kita meminumnya..hanya melihatnya Allah sudah memberikan ganjaran pahala.
Air zam-zam mempunyai byk khasiat.  Amalkan minum air zam-zam setiap hari.


4,MELIHAT KALAM ALLAH (AL-QURAN).

belum pun kita membacanya dan hanya melihatnya pahala sudah diberikan. apatah lagi jika kita membacanya. di bulan yang mulia ini amalam membaca al-Quran adalah sangat2 dituntut.al-quran menjadikan pegangan dan panduan hidup kita. oleh itu, marilah kita sama2 membaca al-Quran.. bukan sekadar dilihat sahaja.


5.MELIHAT LAUT. 

melihat sambil memuji kebesaran Allah. saat kita memuji melihat kebesaran Allah kita sudah ditambahkan pahala. segala yang terciptakan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang kita  manusia sendiri tidak mampu menciptakannya melainkan dengan izin-Nya.
Selain itu, melihat laut blh memberikan ketenangan.. Allahuakhbar.

Wallau'alam.. 

1 comments:

Anonymous said...

sunguh mulia ciptaan allah...
semoga kita mengamalkanya...
insyallah

Post a Comment