CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 13, 2011

CINTA PALESTIN


Khalil Ismail al-Haya, KETUA Whip pejuang HAMAS berkata:
“Allah telah memilih kami yg berada di Palestin utk berjihad.

à    Kami telah dipilih oleh Allah SWT utk mengorbanakan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami utk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa

à    Kami juga telah dipilih utk mewakili umat Islam di seluruh dunia utk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama dan juga masjid ketiga suci umat Islam 

à    Kami juga telah dipilih oleh Allah utk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia

à    Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga kami dijajah dizalimi,diseksa,dibunuh dan juga diperangi.

à    Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan LAILAHAILLALLAH, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

à    Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid
à    Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

à    Namun kami gugur syahid dan anda sekalian  terus diam membisu membisu dan hanya menyaksikan sahaja. Nantikan hari pembalasan

à    Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.
à    Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.”

10 LANGKAH MENYOKONG GAZA 
       1. Ikuti berita yg berlaku di Gaza, Palestin.
       2. Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluasnya melalui email, blog,facebook, artikel dan sebagainya
      3.  Ikuti kejayaan2 ajaib yg dicapai oleh hero-hero di Gaza dgn bantuan Allah SWT setiap hari, contohnya beberapa org askar Yahudi yg dapat ditewaskan dan beapa buah kereta kebal dapat ditumpaskan.
      4.  Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop, computer dan sebagainya.
      5  Sertai aktiviti2 tentang Palestin spt Ceramah, seminar, demonstrasi
      6 .  Anjurkan aktiviti2 kesedaran Palestin utk jiran, mahallah, surau dan seperti qiyamulail dan solat Hajat berkumpulan
       7.. Jadikan isu Palestin topic penting perbincangan. Jadikan video2 Palestin sebagai tayangan dan video movie.
       8.  Boikot-Boikot Boikot!! Israel(link Brg2 boikot  

 http://hendrastar.blogspot.com/2010/06/boikot-israel-amerika-senarai-barangan.html

      9. Ingat Palestin dalam doa dan solat.
      10. Baca Qunut Nazilah

Sumber; Al-Aqsa Friend society UIAM, (tp ada edit2 sikit)

Kenapa perlu peduli Palestin??
Sedangkan Negara Malaysia sendiri  banyak masalah.



Cuba anda fikir masalah di nagara kita banyaknya apa?


Paling kritikal ialah masalah SOSIAL

Ibu Buang anak kandung sendiri.

Jap nak kongsi formula “buang bayi”

Couple+ berzina +mengandung = gugurkan/buang
Cuba kita selongkar punca2 couple

1. X cintakan Allah dgn sepenuh hati
2. Tertipu dgn mainan syaitan
3. terasa banyak masa lapang so sempatlah nak bergewe2, bergayut, dating n so on
Stop sampai sini ja byk lg faktor2 terjadinya Virus “coupling”
Nanti lain topic kita cite.
Berbalik Soalan td kenapa perlu peduli Palestin nie?

Ada sesetengah orang yang mempersoalkan kenapa kita bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan hal ehwal Palestin sedangkan bangsa Arab sendiri tidak pernah bersatu dan ambil peduli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, isu Palestin bukan semata-mata isu bangsa malah lebih daripada itu. Mempertahankan al-Aqsa ialah isu aqidah! Mahukah kiblat pertama umat Islam dirampas oleh bangsa Yahudi? Gaza pula merupakan tempat kelahiran Imam Shafii yang mana mazhabnya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Salahuddin al-Ayyubi

Beliau bukan berbangsa Arab tetapi beliau bersungguh-sungguh dalam membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan tentera Salib. Setelah 88 tahun Baitul Maqdis di bawah penguasaan tentera Salib, akhirnya Islam kembali berkuasa. Semangat yang ada pada diri beliau patut kita jadikan iktibar dalam perjuangan isu Palestin ini.

Perebutan Baitul Maqdis oleh 3 Agama
Sejak bertahun-tahun lamanya, Baitul Maqdis menjadi rebutan tiga agama di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Perebutan ini terus berlaku sehingga kini. Yahudi dan Kristian bercita-cita untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat suci mereka. Manakala Islam ingin mempertahankan Baitul Maqdis kerana ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Kedudukan Palestin sangat strategik kerana terletak di antara Timur dan Barat. Sejarah juga telah membuktikan bahawa, mana-mana kuasa yang menguasai Baitul Maqdis dan Palestin, akan menguasai dunia. Jadi, kita tidak boleh membiarkan Israel (Yahudi) menguasai Baitul Maqdis dan Palestin.
Bangsa Arab dipandang mulia kerana Islam. Tapi lihatlah mereka selepas hilangnya ‘Nur Islam’ dalam kehidupan mereka setelah ketiadaan khalifah. Sama-sama kita renungkan.


Selain itu.Kita dapat menafaatkan MASA utk perkara2 berfaedah.. pedulikan umat, ada rasa sensitivity sebagai umat ISLAM.

Apa kata hati?





 P/S: jom perbaiki hati kita, amalan kita, akhlak kita..sayangi saudara2 seaqidah kita..

Mereka berjihad dgn batu, aku berjihad dgn pena..

Walluhu’alam Bissawab

0 comments:

Post a Comment