CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 24, 2011

Rumah Pemimpin rakyat


Assalamualaikum w.b.t
Saya sedang dalam proses membaca novel Umar Abdul Aziz tulisan Abdul Latip Talib. Saya ingin mengkaji, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadikan khalifah ini sebagai model . Malu saya, sebagai orang Islam tidak begitu mengenali Khalifah Umar Abdul Aziz.  Tapi kali ni, makan masa sikit nak habiskan sebab banyak betul benda yang nak saya buat akhir-akhir ni sampai tak menang tangan.
Umar Abdul Aziz dari keluarga bangsawan, pernah menjadi gabenor dan dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Sulaiman, pada zaman bani Umaiyah. Namun, setelah menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz mengubah cara hidupnya kepada sederhana.
Khalifah Umar Abdul Aziz menolak tinggal di dalam istana sebaliknya beliau dan keluarganya tinggal di rumah yang sederhana sahaja tanpa berpagar dan pengawal. Pada suatu hari, datang seorang perempuan dari Iraq mahu berkunjung ke rumah khalifah. Ketika itu Fatimah sahaja yang berada di rumah. Tetamu itu dijemput masuk.
“Betapa silapnya sangkaan saya,” kata perempuan muda itu.
“Mengapa wahai sahabatku?” tanya Fatimah.
“Saya mendapat khabar yang khalifah Bani Umaiyah hidup dalam serba kemewahan. Betapa dustanya perkhabaran itu kerana saya dapati rumah Khalifah Umar Abdul Aziz hanya sebuah pondok buruk yang hampir runtuh. Di dalamnya tidak ada perabot mewah kecuali sehelai tikar,” jawab perempuan itu.
” Kamu sahaja yang mengatakan ini pondok buruk ynag hampir runtuh. Sedangkan kami hidup bahagia di dalamnya,” kata Fatimah pula.
Petikan dari Novel Umar Abdul Aziz, tulisan Abdul Latip Talib m/s 120
Fatimah adalah isteri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz.
Apabila membaca sketsa ini, saya terus teringat kan rumah pemimpin Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.
Rumah Tok Guru Nik Aziz bukanlah macam nak runtuh, tapi biasa saja, seperti rumah-rumah kampung yang lain, tidak berpagar dan berpengawal, seperti mengalu-alukan kedatangan tetamu. Pada saya, inilah salah satu sebab kenapa pemimpin Kelantan ini begitu disenangi dan disayangi rakyatnya.
(bermalam dsana semalam 2 hari) Kenangan terindah bersama Pn Sabariah ~isteri tok guru sgt peramah & baik hati
Ok, sampai sini dulu, nak sambung baca lagi...
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment