CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 9, 2011

Mari menjadi Hamba..

“Cerianya Sang Suria hari ini tidak jemu untukku terus tersenyum,Setelah Malam-malam ku ditemani Sang Bulan penuh dengan Tangisan Keinsafan. “
Mari Menjadi Hamba.

Alhamdulillah hari inilah rasa betul-betul ‘free’ walaupun banyak lagi tugasan-tugasan perlu disiapkan tapi sekurang-kurangnya dirumah..:)

Sebelum Subuh tadi dikejutkan alarm Handphone kakak Shimah. “Bangkitlah Negeri..kumpulan Shoutul Harakah bunyi alarmnya
.
Ya darahku terus mengalir deras, mengikut rentak semangat penyanyi-penyanyi Indonesia berjiwa mujahid.

“cepat Syira hari nie ada meeting, lepas tu cari dana untuk program, malam baru balik, malam nie prepair presentation untuk esok..n bla2..”…. em tapi bukan itu yang hati ku bisik! itu bisikkan syaitan..

Hatiku berbisik “ Ya Allah, Alhamdulillah..aku bersyukur masih diberikan nyawa. Cepat Syira, cepat beribadah kepadaNya, malam bersilih ganti siang, & siangpun datang..Tetapi ajal tidak mengenal Waktu.. Cepat syira, berusaha semampu bisa, semoga lebih baik dari semalam”

Dan setelah sarapan bersama kekanda-kekanda, aku dikejutkan oleh kak Shimah. Syira, Kak Murnimu sakit tuk..Damam..(demam) macam mana, apa kamek pelu buat tuk??

Ya, begitulah.. siapa-siapa yang sakit dirumah kami (rumah balqis) satu UM & IPT gelar RB..pasti datang berjumpa Syira, macam-macam gelaranku, Doktor, Nurse, Tabib, Farmasis.
Asal siapa saja datang RB akan mereka “introduce” aku sebagai Doktor & nurse RB. Mungkin kerana aku di bidang itu, tapi rasaku tidaklah kerana itu sahaja.. mugkin kerana pengalaman dikampung, nenek ku suka menggunakan perubatan kampung. Argh terasa rugi tak habis berguru dengan nenek.

Lepas sahaja selesai merawat kak Murni, aku dikejutkan lagi dengan SMS dari sahabat yang sepatutnya Meeting & mencari dana bersama aku, “ maaf tak dapat datang ada aula lagi penting, kita guna medium lain, tolong inform bila”

Hari ini Allah betul-betul bagi rehat.. Gembiranya.. Alhamdulillah.

Aku capai semula handphone, Allah, banyak mesej belum ku reply..mesti mengambil masa berjam-jam, ya itulah handphone sampai “heng”
Dan mulalah aku mengorak langkah menjadi suri sebenar. Basuh kain, kemas dapur, bilik..& sebagainya. .

“Cerianya Sang Suria hari ini tidak jemu untukku terus tersenyum,
Setelah Malam-malam ku ditemani Sang Bulan penuh dengan Tangisan Keinsafan. “

Hatiku bagaikan sedang menyanyi.. gembira ada cahaya matahari. Cepat kering bajuku..^_^
Hakikat sebenarnya,aku jarang bertemu cahaya terik mentari.

Disebabkan aku keluar rumah sebelum matahari memancar, & pulang rumah dengan cahayanya yang sudah hampir malap.

Aku suka memandang, melihat, mentafsir Langit & penciptaanNya..
Bukankah melihat alam akan menambah Keyakinan kita kepada Allah..

Allah membuktikan didalam kata-katanya:
“Allah menciptakan Langit & Bumi dengan haq, Sungguh pada demikian itu pasti terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman. Al – Ankabut ayat 44



Mari menjadi HambaNya..

.

Sekian, Sampai disini dulu.Wassalam

0 comments:

Post a Comment