CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 7, 2012

10 Kisah Menarik Di Perkahwinan Saya & Suami.



Assalamualaikum wbt, mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sudah berbulan menunggu untuk coretan pengalaman ini.

Alhamdulillah,
Semalam sempat jugak saya mencoret-coret. & Semoga dipermudahkan segala urusan .Semoga ianya dapat membantu kalian.

Barakallahulakuma..^___^

Majlis Nikah. (13/07/12 bersamaan hari Jumaat)

1.Majlis dibuat secara sederhana. Hanya keluarga terdekat & sahabat yang dijemput. (Kes Jimat Bajet, Esok Walimah datang satu kampong pun takpa he) 


2. Inai? Si Suami tidak memakai  Inai, Saya saja. Itupun dijari. Malas nak layan kontrovesi nanti inai lukis & corak tu banyak pendapat. Better pakai dijari saja ye.. 


3. Make up saya tidak tebal, takde Cukur kening (haram), pakai bulu mata palsu (haram), gincu merah menyala (haram). Make Up tebal macam Artis lepas nikah depan suami lah ya hehe.  Pesan Mak Andam yang x jadi make up saya..” masa kawen nanti, pakailah yang kita selesa..”

inilah al-Quran yang ummi belikan. 
sumber gambar; Mamat fan page 

4. Mas Kahwin, Senaskah Al-Quran. “ummi yang pilih Quran nie sbb ianya kecil & bagus utuk dibawa kemana2”  thank Ummi cantek sangat. 

5. Dulang bagi lelaki 7, by hand sendiri ^_^ dengan kreativiti tangan kawan-kawan. Jimat & Kenangan Indah setiap dulang ada ceritanya hehe. Lelaki bagi 5 dulang. Tak payah lah sampai 9 balas 11 ya (membazir nanti )


6. Dulang /Barang hantaran
Saya bagi Lelaki: 7: Kasut, 
tali pinggang, 
Baju kemeja, 
Sejadah, 
Cup Cakes, 
Seluar Slack, 
& Sirih Junjung.

Lelaki bagi Saya: 5: Handbag, 
Telekung sejadah, 
Minyak Wangi Kesukaan Si Dia, 
Sirih junjung 
& cincin kawen. 

(barang-barang ni perlu perbincangan dua pihak, macam suami taknak dompet sebab dompet die still boleh pakai even dompet tu masa PMR lagi dapat 9A hadiah dari ummi, Allah..)

7.Memilih hari yang bersejarah, hari jumaat kerana ianya hari yang barakah.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat.  

Hari kami di satukan 13/7 ,juga adalah hadiah befday suami. Suami lahir 12/7. Manakala tempat pula kami memilih untuk bernikah di masjid, dengan harapan semoga rahmat & berkat Allah mengiringi. (rumahpun boleh jugak)



8. Sebelum bernikah suami saya meminta maaf yang dia tidak setuju kalau-kalau saya akan memakai tudung pakai masuk tu, molek kiranya bakal isterinya memakai tudung labuh bulat.
Selepas berkahwin saya Tanya alasannya. Suami kata tudung bulat, syg lagi Nampak cantik & ayu.cehh!

9. Baju jubah & lapis corak saya kenakan, simple tapi cantik.. Suami baju melayu sepasang & samping berwarna cream. Kami membeli pakaian nikah di Masjik jamek jalan TAR KL murah-murah boleh minta Less lagi.. 

10. Unik, Suami memakai serban. Kerana cita-citanya bukan jadi artis tapi jadi Tok guru. InsyaAllah. Actually, Suami memang suka memakai serban semasa di Universiti dulu. Engineer pakai Serban? emm

adik beradik lelaki nie happening jak. ^_^ dari kiri: jabir, dzar, taha, muadh.

“Para Sultan Othmaniyyah pada amalan kebiasaan mereka memakai serban yang dibuat daripada kain kafan mereka supaya sentiasa mengingati Mati tatkala membuat keputusan-keputusan serta menitah perintah dalam pentadbiran” Ustaz Hasrizal.

 p/s: InsyaAllah lepas nie saya akan update Walimahtul urus pula. nantikan ya. Terima kasih semua 

LOVE u ALL ^__^

nota hati: Sebarkan bahagia~~

3 comments:

SiS NaD said...

Salam ya ukhti...

Barakallah... Moga perkahwinan yang dibina sentiasa diwarnai kegembiraan...

P/S : Boleh kenalkan sis dengan adik beradik lelaki sumai? Hehe! Joking... (^_____^)V

Al-Qisah hidup aQ,,, said...

alhamdulillah...smoga berbahagia menjadi satu keluarga sakinah dan mempunyai cahaya mata soleh dan solehah..amin

Hira said...

semoga bahagia sehingga hujung nyawa...akak!
sweetnye akak..hehe :)

Post a Comment