CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 8, 2012

Ummu ‘Imarah : Sahabat muslimah Rasulullah SAW seorang Mujahidah!

Assalamualaikum wbt..

Ingin aku berkongsi kisah-kisah ataupun sejarah tokoh-tokoh wanita pada zaman Rasulullah yang pada zaman itu mereka berlumba-lumba untuk meraih kemuliaan disisi Allah SWT.

Ini adalah ringkasan berdasarkan pembacaaanku.. Berderau deras mengalir darah dalam tubuhku..membaca Kisah Ummu ‘Imarah..

Mari sama-sama hayati & jadikan contoh & teladan untuk diri kita.
InsyaAllah


Nusaibah binti Ka’Ab al yang sering dipanggil dengan nama Ummu ‘Imarah.  Adalah sahabat muslimah yang terkenal di awal zaman Islam yang telah mencapai mati syahid dimedan Jihad.

Srikandi ini selalu menyertai peperangan & memahami kandungan al-Quran & Hadis.

~Berasal dari keluarga Mulia. Suaminya yang bernama Zaid bin ‘Ashim termasuk dalam golongan awal memeluk Islam, & kedua puteranya yang bernama Habib & Abdullah adalaha sahabat Rasulullah yang merupakan pasukan berkuda. Mereka telah menghiasi sejarah dengan segala amalan mereka yang mulia.

~Mujahidah!. Imam al-Zahabi pernah berkata: “Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah yang ikut serta menyaksikan Bai’at al-Aqabah, Perang Uhud, Perang al-Hudaibiyyah, perang Hunain & perang Yamamah. Dikisahkan, Ummu ‘Imarah selalu berusaha melindungi Rasulullah SAW ketika Perang Uhud  sehinggalah Rasulullah SAW bersabda “Saya tidak menoleh ke kiri& ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang dihadapanku”


Ketika Perang Ihud terjadi, Ummu ‘Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan Muslimin & merawat mereka yang terluka.

Perang terakhir yang diikuti oleh Ummu ‘Imarah adalah Perang Yamamah untuk memerangi golongan murtad pada zaman Kahlifah Abu Bakar As-Siddiq. Beliau berperang dengan gigihnya meskipun salah satu tangannya terputus. Dek kerana keinginannya yang kuat untuk mengahancurkan musuh-musuh Allah. Ketika Pasukan mereka meraih kemenangan, Ummu ‘Imarah sujud kepada Allah swt sebagai tanda syukur kerana berakhirnya fitnah tersebut.


Ummu ‘Imarah juga merupakan Para penghuni Syurga Allah & Allah Redha dengan kematiannya..


SubahanaAllah.



nota hati: Ya Allah Jadikanlah Aku Mujahidah, Mujahadah & Syahid di JalanMu..



ringkasan~Rujukan: 70 wanita terbilang.

0 comments:

Post a Comment