CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 7, 2012

10 Kisah Menarik Di Perkahwinan Saya & Suami.



Assalamualaikum wbt, mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sudah berbulan menunggu untuk coretan pengalaman ini.

Alhamdulillah,
Semalam sempat jugak saya mencoret-coret. & Semoga dipermudahkan segala urusan .Semoga ianya dapat membantu kalian.

Barakallahulakuma..^___^

Majlis Nikah. (13/07/12 bersamaan hari Jumaat)

1.Majlis dibuat secara sederhana. Hanya keluarga terdekat & sahabat yang dijemput. (Kes Jimat Bajet, Esok Walimah datang satu kampong pun takpa he) 


2. Inai? Si Suami tidak memakai  Inai, Saya saja. Itupun dijari. Malas nak layan kontrovesi nanti inai lukis & corak tu banyak pendapat. Better pakai dijari saja ye.. 


3. Make up saya tidak tebal, takde Cukur kening (haram), pakai bulu mata palsu (haram), gincu merah menyala (haram). Make Up tebal macam Artis lepas nikah depan suami lah ya hehe.  Pesan Mak Andam yang x jadi make up saya..” masa kawen nanti, pakailah yang kita selesa..”

inilah al-Quran yang ummi belikan. 
sumber gambar; Mamat fan page 

4. Mas Kahwin, Senaskah Al-Quran. “ummi yang pilih Quran nie sbb ianya kecil & bagus utuk dibawa kemana2”  thank Ummi cantek sangat. 

5. Dulang bagi lelaki 7, by hand sendiri ^_^ dengan kreativiti tangan kawan-kawan. Jimat & Kenangan Indah setiap dulang ada ceritanya hehe. Lelaki bagi 5 dulang. Tak payah lah sampai 9 balas 11 ya (membazir nanti )


6. Dulang /Barang hantaran
Saya bagi Lelaki: 7: Kasut, 
tali pinggang, 
Baju kemeja, 
Sejadah, 
Cup Cakes, 
Seluar Slack, 
& Sirih Junjung.

Lelaki bagi Saya: 5: Handbag, 
Telekung sejadah, 
Minyak Wangi Kesukaan Si Dia, 
Sirih junjung 
& cincin kawen. 

(barang-barang ni perlu perbincangan dua pihak, macam suami taknak dompet sebab dompet die still boleh pakai even dompet tu masa PMR lagi dapat 9A hadiah dari ummi, Allah..)

7.Memilih hari yang bersejarah, hari jumaat kerana ianya hari yang barakah.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat.  

Hari kami di satukan 13/7 ,juga adalah hadiah befday suami. Suami lahir 12/7. Manakala tempat pula kami memilih untuk bernikah di masjid, dengan harapan semoga rahmat & berkat Allah mengiringi. (rumahpun boleh jugak)



8. Sebelum bernikah suami saya meminta maaf yang dia tidak setuju kalau-kalau saya akan memakai tudung pakai masuk tu, molek kiranya bakal isterinya memakai tudung labuh bulat.
Selepas berkahwin saya Tanya alasannya. Suami kata tudung bulat, syg lagi Nampak cantik & ayu.cehh!

9. Baju jubah & lapis corak saya kenakan, simple tapi cantik.. Suami baju melayu sepasang & samping berwarna cream. Kami membeli pakaian nikah di Masjik jamek jalan TAR KL murah-murah boleh minta Less lagi.. 

10. Unik, Suami memakai serban. Kerana cita-citanya bukan jadi artis tapi jadi Tok guru. InsyaAllah. Actually, Suami memang suka memakai serban semasa di Universiti dulu. Engineer pakai Serban? emm

adik beradik lelaki nie happening jak. ^_^ dari kiri: jabir, dzar, taha, muadh.

“Para Sultan Othmaniyyah pada amalan kebiasaan mereka memakai serban yang dibuat daripada kain kafan mereka supaya sentiasa mengingati Mati tatkala membuat keputusan-keputusan serta menitah perintah dalam pentadbiran” Ustaz Hasrizal.

 p/s: InsyaAllah lepas nie saya akan update Walimahtul urus pula. nantikan ya. Terima kasih semua 

LOVE u ALL ^__^

nota hati: Sebarkan bahagia~~

Monday, August 13, 2012

Ulang Bulan Pertama ~


13.8.2012
Ulang Bulan Pertama Perkahwinan Kami ^__^

ALHAMDULILLAH.


^_^

Abang..


Terima kasih kerana awak sgt 'awesome' dalam dunia ini,

Terima kasih kerana awak menjadi ‘terbaik’ dalam hidup ini.

Terima kasih kerana menjadi 'Suami' yang Soleh di abad Ini..^_^

Selamat Ulang Bulan yg Pertama~

#SeBulan saya penuh dengan warna-warni Pelangi. INDAH !


Syukran jazakallahu khairan kathiran Dzar-Abdullah Amir ^_^





~Sempena Wedding Anniversary for 1month.. 


Aku buat Kek Coklat~~ wee.. 



Abang kata SEDAP! Alhamdulillah. syukur Nikmat!


p/s: Indahnya sebuah perkahwinan kerana Allah semata-mata.. ^_^

Wednesday, August 8, 2012

Ummu ‘Imarah : Sahabat muslimah Rasulullah SAW seorang Mujahidah!

Assalamualaikum wbt..

Ingin aku berkongsi kisah-kisah ataupun sejarah tokoh-tokoh wanita pada zaman Rasulullah yang pada zaman itu mereka berlumba-lumba untuk meraih kemuliaan disisi Allah SWT.

Ini adalah ringkasan berdasarkan pembacaaanku.. Berderau deras mengalir darah dalam tubuhku..membaca Kisah Ummu ‘Imarah..

Mari sama-sama hayati & jadikan contoh & teladan untuk diri kita.
InsyaAllah


Nusaibah binti Ka’Ab al yang sering dipanggil dengan nama Ummu ‘Imarah.  Adalah sahabat muslimah yang terkenal di awal zaman Islam yang telah mencapai mati syahid dimedan Jihad.

Srikandi ini selalu menyertai peperangan & memahami kandungan al-Quran & Hadis.

~Berasal dari keluarga Mulia. Suaminya yang bernama Zaid bin ‘Ashim termasuk dalam golongan awal memeluk Islam, & kedua puteranya yang bernama Habib & Abdullah adalaha sahabat Rasulullah yang merupakan pasukan berkuda. Mereka telah menghiasi sejarah dengan segala amalan mereka yang mulia.

~Mujahidah!. Imam al-Zahabi pernah berkata: “Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah yang ikut serta menyaksikan Bai’at al-Aqabah, Perang Uhud, Perang al-Hudaibiyyah, perang Hunain & perang Yamamah. Dikisahkan, Ummu ‘Imarah selalu berusaha melindungi Rasulullah SAW ketika Perang Uhud  sehinggalah Rasulullah SAW bersabda “Saya tidak menoleh ke kiri& ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang dihadapanku”


Ketika Perang Ihud terjadi, Ummu ‘Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan Muslimin & merawat mereka yang terluka.

Perang terakhir yang diikuti oleh Ummu ‘Imarah adalah Perang Yamamah untuk memerangi golongan murtad pada zaman Kahlifah Abu Bakar As-Siddiq. Beliau berperang dengan gigihnya meskipun salah satu tangannya terputus. Dek kerana keinginannya yang kuat untuk mengahancurkan musuh-musuh Allah. Ketika Pasukan mereka meraih kemenangan, Ummu ‘Imarah sujud kepada Allah swt sebagai tanda syukur kerana berakhirnya fitnah tersebut.


Ummu ‘Imarah juga merupakan Para penghuni Syurga Allah & Allah Redha dengan kematiannya..


SubahanaAllah.



nota hati: Ya Allah Jadikanlah Aku Mujahidah, Mujahadah & Syahid di JalanMu..



ringkasan~Rujukan: 70 wanita terbilang.

Tuesday, August 7, 2012

Suami Aku 'Engineer'


Suami Aku Ustaz original photobook he tapi aku edit sikit..

jadi..

"Suami Aku Enginner" sebab suami ku bukan Ustaz pekerjaanya tapi seorang jurutera..Tapi ala-ala macam Ustaz pulak aku tengok..


see? em siap berserban-serban lagi masa kami Nikah. Alhamdulillah.

Hakikatnya aku rasa memang dirinya seperti seorang Ustaz.. Alhamdulillah. Aku pilih Putera Agama rupanya aku yakin kerana jawapan ini dari hasil Istikarahku. Thanks Allah!

Selalu aku memohon maaf atas kekuranganku..
tapi si sang suami pasti akan membalasnya dengan senyuman dan berkata..
"Bukan kekurangan yang kita cari, tapi kebahagiaan hakiki..
Bukan kelemahan dicari-cari, tapi peneman di Syurga nanti."

Pandai jugak si abang berpuitis! bukan jarang-jarang tapi selalu.. sedap sokmo perbahasan dari kata-katanya lembut & bermakna. Allahurabbi..tambah disayang-sayang begini.

Cerita pasal Serban. Emm.. masa sebelum nikah lagi abang sudah memaklumkan aku, nanti masa pernikahan kami niatnya untuk memakai serban. "Eh sesuai ka? macam pelik jak " monologku. Tapi aku turuti saja. Rupanya si abang zaman-zaman universiti memang suka memakai serban pergi kuliah pun pakai.. (he terbaca blognya) owh patutlah ya.. comel pulak. Alhamdulillah..

Maaf ya kalau aku cakap..ada yang tersinggung hehe.
Bagi aku suamiku lah Lelaki yang terbaik pernah aku jumpa dalam dunia nie.. Allah dia terlalu baik. Paling aku suka kata-katanya yang lembut & sopan.. Selalu diajarnya aku tentang memamahi manusia & menyantuni Manusia.. 

^___^


"Sayang kalau kita jarang berhubung dengan sesiapa, tak kira keluarga, sahabat ataupu kawan-kawan..perkara yang perlu kita buat.. Pertama mestilah bagi Salam dulukan semasa kita mesej atau call kedua kita tanya khabarnya.. jangan kita jadi Selfish pentingkan diri sendiri tu. contohnya macam nie. Salam minta no handphone c anu bin anu? Salam sudah siap kerja belum?" 
Iya jugakkan.. syukran ya abang.

Baru-baru nie kami 'dating' dekat oneutama Mall area petaling jaya.. Tapi yang bestnya si abang selalu ada topik atau cerita yang bermanfaat..
macam hari tu tiba-tiba jak si abang bertanya..
"ok sayang, apa pendapat sayang tentang Mas Azam (KCB)yang menjual bakso Cinta? apalagi bentuk-bentuk baksonya love lagi & bukan kah itu mengalakkan couple??? sayang perasan tak..sebab yang datang ke gerai Mas Azam mestilah orang-orang yang tengah bercintakan.. Salahkah mas Azam? sedangkan dalam masa yang sama cerita KCB nie bertujuan mengajar cinta yang berlandaskan syariat. Em mcm mana tu sayang ??

nak taw cerita selanjutnya..nantikan ^___^


bersambung..

nota hati: Mengemis cinta..bersama sipecinta Illahi..~bahagia


Friday, April 13, 2012

BBC Day semakin dekat -muhasabah diri


Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah terlalu lama tidak mem’bukukan’ ayat-ayat hati seorang Da'i -

Da'i : Seseorang yang menyeru. Menyeru kepada Allah swt..

Tapi adakah aku seorang Da’I benar-benar menyeru Kepada Sang Pencipta Alam..?
Atau sekadar ‘ahli Jemaah’ tapi tugas Da’inya hilang..
Nauzubillah..

Allah..
AllahuRabbi…

Terlalu’ kecil’ ujian cabaranMu untuk aku.. Semoga Kau sentiasa bersamaku..
Semoga Kau terus menyintai aku..
Sejak akhir-akhir ni.. disibukan diri dengan urusan-urusan “BBC day” ku..

Semakin dekat detik itu semakin aku d uji..
Semakin juga aku menilai diri..
Memuhasabah diri..



Apakah aku sudah suda bersiap siaga untuk menjadi Pelengkap hidup seorang Mujahidin Agama Allah. Seorang Putera Agama Allah. Seorang Murabbi dalam hidupku.. seorang Imam dalam solatku..

Menjadi sayap kiri bagi pejuang Agama Allah.. Allahuakhbar..

Bila teringat kata-kata Ust Hasrizal dalam bukunya “aku terima nikahnya”

Persiapan 100% itu mungkin tidak tercapai, teruskan membuat persiapan..& persediaan..
InsyaAllah doakanku teman-teman..

BBC is -Bunga-Bunga Cinta-


Sebenarnya..


Paling penting dari BBC day sebenarnya adalah HARI KEMATIAN yang tidak boleh ku Countdown untuk membuat persiapan sebagai HambaNya..


Siapkah aku?


Ya Allah matikanlah kami dengan Khusnul Khatimah..


Akhirilah kehidupan kami dengan keadaan Beriman.


& Tempatkanlah kami ditempat orang-orang yang Beriman.

Saturday, February 11, 2012


PERINGKAT-PERINGAT SOLAT



1.SOLAT IKUT-IKUTAN

  • Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja,
  • Bacaan pun masih x betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
  • Belajar solat secara rasmi atau  x rasmi x ada
  • Ilmu tentang solat tiada
  • Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalma keadaan derhaka kpd Allah SWT

2.SOLAT IKUT MOOD

  • Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.
  • Jadi mereka nie sekejap solat, sekejap X
  • Kalau ada masa & mood baru solat, kalau sibuk & terkocoh kacah, ada program kenduri, pest aria, berziarah, bermusafir, letih & penat maka ia X solat.
  • Orang ini jatuh fasik

3.SOLAT YANG LALAI

  • Orang yang solat, walaupun ilmunya tepat,fasih bacaannya,.tetapi X khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia X faham
  • Fikirannya X berpusat atau X tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan X faham apa yang di bacanya.
  • Cuma main hafal saja, jadi fikirannya tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
  • Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini lalai DALAM SOLAT.

4.SOLAT AWAM

  • Golongan yang mengerjakan solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati.
  • Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin

5.SOLAT ORANG YANG LALAI

  • Golongan  ini baik sedikit dari golongan yang ke 4 tadi, tetapi MAIN TARIK TALI didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala pula lalai pula.
  • Bila teringat sesuatu disalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal & seterusnya.
  • Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf & sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap dibawa hatinya serta fikirannya menghayati setiap kalimat bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya ia merintih & tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
  • Golongan ini adlah golongan yang lemah jiwa.
  • Nafsunya tahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalainya & cuba perbaiki semula, tapi masih x berdaya kerana tiada kekuatan jiwa)
  • Golongan ini terserah kepada Allah, yang sedar & khusyuk itu mudah-mudahan diterima Allah. Mana yang lalai itu moga Allah ampunkan, namun tiada pahala nilai solat itu.
  • Ertinya solat ini tiada member kesan apa-apa.
  • ALLAH BELUM LAGI MENCINTAI ORANG INI

6. SOLAT ORANG SOLEH

  • Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan & Setiap lafaz disalam solatnya
  • Hatinya & fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apapun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
  • Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban & tugas keduniaan seperti perniagaan & sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya.
  • Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya. Golongan ini disebut orang yang soleh / golongan abrar/ ashabul yamin.

7.SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN

  • Golongan ini seperti juga golongan 7 tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia dalam solatnya, malahan dapat mengahayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalaimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap sujudnya & setiap gerak-geri nya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
  • X teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.
  • Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Muqarrabin (yang hamper dengan Allah)

8.SOLAT GOLONGAN SIDIQQIN

  • Golongan ini adalah golongan yang teringgi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadat solai itu DIJIWAI didalam golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi diluar solat.
  • Kalau bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesaian segala masalah.
  • Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya.
  • Ini dapat dibuktikan didalam sejarah seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.untuk mencabutnya ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut.
  • Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah caranya untuk melepaskan kerinduan dengan Allah.
  • Dalam solatlah ia mengadu dengan Allah. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Golongan inilah disebutkan golongan sidiqqin. Golongan yang benar & haq
  • Ibadah yang boleh membagunkan jiwa, iman , menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah 6,7,8.
  • Jadi manakah tahap solat kita?
  • Marilah kita membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah,

rujukan  Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. (penulis buku la tahzan)


Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat 




Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

 

Monday, October 17, 2011


Coretanku di Hari Kelahiran.


2 tujuan...


Masih ku ingat pertemuanku bersama seorang sahabat.

Baru mungkin seminit dua kami bertemu untuk pertama kalinya..tapi gayanya seperti setahun kenal hati budi.

Usai kami solat berjemaah, bersalam & duduk sebentar bagi merehatkan diri.. disitu ada kami berdua saja..
ku buka tirai usrah antara kami, tetapi mungkin baginya itu satu dialog biasa..
Setelah berta’aruf panjang, aku kenal hatinya. Hatinya lembut & mudah serapi ayat-ayat cinta.
Ayat-ayat cinta dari Allah.
Dan dengan nada rendah aku bertanya padanya.. “…adakah kita tahu tujuan hidup kita sebenar?”
“Emm..mm..tidak, aku tidak tahu.. Apakah tujuan sebenar aku dilahirkan? Kenapakah aku diturunkan di bumi? Tolong beritahu padaku..” jawabnya sayup & sayu.
Segala-galanya bermula melalui kefahaman daripada ayat ini;  "Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata," daripada surah az-Zaariyat: 56
..apakah jelas ayat ini untuk mu ?
Tidak berapa aku fahami, bolehkan tolong jelaskan..pintanya
Sahabat, sebenarnya tujuan kita dibiarkan dibumi ini adalah untuk mentaati Allah. Dicampakkan kita dimana-mana pun tiada lain tujuannya untuk beribadah kepada Allah. Allah adalah tuan kita kita hambanya. Tidak pula tuan kita ini jadikan kita hamba begitu saja..kalau bukan ganjaran yang hebat & bernilai itulah Syurga.
Iya.~ringkas jawapannya seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya dalam.
Aku sambung berbicara..
Sahabat,..
Allah Ta'ala berfirman, ''Dialah yang menjadikan kamu sebagaikhalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39). Kita adalah khalifah Allah, penyambung dakwah Rasulullah saw…
Kataku terhenti, aku melihat dia sedang mengalirkan airmata.. 





Ucapan ku untuk kamu-kamu. _terima kasih_



Pertama-tama & selama-lamanya.. Ku panjatkan rasa syukur & bertuahnya diri diberi peluang oleh Allah swt untuk berbakti pada diri, ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara & AGAMANYA..
Jutaan terima kasih ku kirim pada ayah & mama yang jauh dari mata tapi pada hakikatnya dekat di dasar Hati. Ayah & mama ini impianku ingin menjadi anak yang solehah.InsyaAllah.
Jazakallahukhairan kathiran pada Sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa menemani diri kala sudah & senang, kala suka & duka. .semoga kita bersahabat hingga ke JannahNya.
Tidak pernah dilupa..kepada rakan-rakan & adik-adik kesayangan Allah sentiasa melengkapkan diari-diari kehidupan ku..

Memuhasabah diri. hari-hari ku itulah tujuannya. . Hamba & Khalifah



Aku berkongsi. . 

Alhamdulillah, aku berkongsi dengan ribuan manusia yang dilahirkan pada 17 oktober. Tapi dia yang sama & tepat hari, bulan & tahun kami dilahirkan.. ya itu adik kmebarku Nur Syakila bt Jamal telah selamat dilahirkan selepas 4 minit aku dilahirkan. Walaupun kami lahir dalam keadaan yang tidak cukup bulan & lemah, lebih-lebih lagi si adek. Alhamdulillah sekarang besar & sihat ya. Thank U ayah & mama..:)
Terkenang saat selepas aku berkenalan dengannya.. ku dapati tarikh & bulan  kelahiran kami sama.. Jarang-jarang ku jumpa. Dan setelah mengenalinya banyak persamaan kami. Kan kak Sue? Kak surianah yahya..calon bidadari Syurga.
Gembira & tidak sangka. Aku juga berkongsi tarikh lahir yakni 17 oktober dengan penulis novel islamik yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk “pemilik cintaku selepas Allah & rasul” kak fatimah Syarha. banyak persamaan di antara kami..


Alhamdulillah
Sanah helwa adek, kak Sue & kak ha.

Untuk akhirnya..

Jadilah kita manusia yang hidup di sisi Allah swt. & janganlah kita mati sebelum mati sebenar.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang
berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti
orang yang hidup dan orang yang mati."